Pesan Rohani

Berdoa

berdoa-pic4

Berdoalah dengan senantiasa bersangka baik kepada ALLAH…

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa atau memutuskan silaturahim melainkan ALLAH akan memberi kepadanya satu daripada 3 perkara;
1. sama ada disegerakan kemakbulannya atau,
2. disimpan untuk diberikan pada hari akhirat ataupun,
3. dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya.”

Maka, yakinlah dalam berdoa…

Advertisements
Categories: Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Zuhud

Rasulullah s.a.w. berkata: “Berlaku zuhudlah di dunia nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai manusia.” ( Riwayat oleh Ibn Majah)

Categories: Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Segalanya rahmat dari Allah..

Hidup ini penuh dengan tipu muslihat. Kadang-kadang kita merasa segala kemudahan, kesenangan dan kemewahan yang kita kecapi adalah dari usaha, kebijaksanaan, kekayaan dan keupayaan kita semata-mata.
Sedangkan kita lupa bahawa segalanya atas rahmat yang diberikan oleh Allah pada kita..
Kita diberi rahmat untuk mengerakkan sesuatu dan mendapatkan sesuatu.
Sampainya kita pada sesuatu matlamat adalah rahmat dari Allah, begitu juga sebaliknya.

[Kembara Hati ❤ ]

Categories: Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Beristigfarlah…

“Sekiranya ada masalah yang tidak selesai, beristigfar sebanyak-banyaknya. Nescaya Allah akan membuka jalan keluar. Apabila terasa sentuhan Allah, ujian, cubaan dan kesulitan yang datang akan menjadi seperti cucuran air hujan atau hembusan angin sahaja.”

~Syeikh Ibnu Taimiyah

Categories: Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Hikmah Membaca.

Keyakinan diri dapat ditingkatkan dengan membaca.

Dengan membaca seseorang akan memperolehi hidayah, ilmu, iman dan takwa.
Dengan membaca seseorang akan terbangun akal, emosi, rohani dan jasmani.

Surah 96 al-Alaq : ayat 3-4.
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah, mengajar manusia melalui pena dan tulisan”.

Categories: Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Jantung Hati.

Jika kehidupan di dunia ini kita memerlukan jantung yang sihat untuk terus hidup. Maka, begitulah juga kita memerlukan jantung hati yang sejahtera untuk kehidupan selepas mati.

Kesihatan tubuh seseorang memerlukan kesihatan jantungnya, jika tidak masakan seseorang itu rebah bila diserang sakit jantung.
Begitulah juga, kesejahteraan hidup seseorang selepas dibangkitkan nanti (hidup selepas mati) bergantung pada kesejahteraan jantungnya secara spiritual.

Surah Ash-Shu’ara: 88-89, menerangkan ~
‘Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali sesiapa yang datang menghadap ALLAH dengan jantung-hati yang sejahtera.’

Categories: Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Sakinah.

Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan. Namun mereka tidak mungkin akan dapat merampas kebahagiaan dalam jiwa orang mukmin yang dikurniakan sakinah oleh Allah.

‘ Sakinah itu ketenteraman dan ketenangan hati nurani. Asalnya dalam hati nurani dan kesannya pada anggota.’
~ Al-Imam Ibn al-Qayyim.

Categories: Mutiara Kata, Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Tanggapan terpilih.

Seorang insan akan melakukan kebaikan disebabkan fitrah yang ada di dalam dirinya. Seorang insan akan melakukan kesalahan di sebabkan kejahilan dalam dirinya.

Jika kita melihat dan menilai pada unsur yang baik semata-mata, kita akan menganggap dia seorang insan yang baik. Jika kita melihat dan menilai pada unsur yang jahat semata-mata, kita akan menganggap dia seorang insan yang buruk. Ini semua berlaku bila kita menilai mengikut ‘selective perception’ – tanggapan terpilih kita.

Tanggapan terpilih menghalang kita dari melihat kebenaran tentang seseorang insan itu kerana label yang telah kita letakkan terlebih dahulu pada mereka.

Namun, jika kita melihat kedua unsur secara adil dan seimbang, kita akan menemui kesimpulan yang betul, kerana tiada seorang insan yang sempurna baik sikapnya.

Maka, insaflah dalam menilai seseorang iaitu adil dengan tidak melampau atau tidak terkurang. Kerana kita serupa walaupun tidak sama. 🙂

Categories: Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Bergantung haraplah kepada Allah.

Jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kadangkala kita akan dikhianatinya.
Jika bergantung kepada diri sendiri semata-mata, kadangkala kita akan gagal mengendalikannya.
Maka bergantung-haraplah kepada Allah, Yang Maha Esa, pasti cantik aturannya, menjangkaui andaian segala makhluk ciptaanNya.

Categories: Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Fikirkan & Renungkanlah…

Dalam merentasi kehidupan kita di dunia ini, perjalanan yang disangka tewas oleh kita tapi sebenarnya kejayaan yang berlaku. Manakala kekecewaan yang kita rasai sebenarnya kebahagiaan yang memenuhi jiwa kita.

Bagaimanakah ia berlaku dan apakah yang sebenarnya berlaku?

Ia berlaku kerana kehendak Allah SWT yang Maha Mengetahui. Apa yang berlaku adalah yang terbaik diatur oleh Allah. Kejayaan dunia/zahir yang kita mahu kadangkala membawa kemudharatan pada kita. Kebahagiaan, kemewahan yang kita mahu kadangkala membawa kehancuran bagi kita, maka Allah Yang Maha Mengetahui mengatur mengikut kehendakNya.

Begitulah luas rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita hambanya. Fikirkan dan renungkanlah….

~ Nukilan hati: Kembara Hati 

Categories: Nukilan Hati, Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.