Nukilan Hati

Tanggapan terpilih kita.

Seorang insan akan melakukan kebaikan disebabkan fitrah yang ada di dalam dirinya. Seorang insan akan melakukan kesalahan di sebabkan kejahilan dalam dirinya.

Jika kita melihat dan menilai pada unsur yang baik semata-mata, kita akan menganggap dia seorang insan yang baik. Jika kita melihat dan menilai pada unsur yang jahat semata-mata, kita akan menganggap dia seorang insan yang buruk. Ini semua berlaku bila kita menilai mengikut ‘selective perception’ – tanggapan terpilih kita.
Tanggapan terpilih menghalang kita dari melihat kebenaran tentang seseorang insan itu kerana label yang telah kita letakkan terlebih dahulu pada mereka.

Namun, jika kita melihat kedua unsur secara adil dan seimbang, kita akan menemui kesimpulan yang betul, kerana tiada seorang insan yang sempurna baik sikapnya.

Maka, insaflah dalam menilai seseorang iaitu adil dengan tidak melampau atau tidak terkurang. Kerana kita serupa walaupun tidak sama. 

Categories: Nukilan Hati | Tinggalkan komen

Hadirkan HATI

Purple heart in the hands

 

Hadirkan HATI.
Kerana di HATI terletaknya kefahaman.
HATI yang ‘hidup’ HATI yang berjaya meresap peringatan menjadi satu kefahaman. Justeru sasaran sesuatu peringatan itu bukan pada akal tetapi terus ke dalam HATI.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

‘ Dalam diri manusia ada segumpul daging, apabila baik daging itu akan baiklah seluruh dirinya, sekiranya jahat akan jahatlah seluruh dirinya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah HATI. ‘

 

 

Categories: Nukilan Hati | Tinggalkan komen

Fikirkan & Renungkanlah…

Dalam merentasi kehidupan kita di dunia ini, perjalanan yang disangka tewas oleh kita tapi sebenarnya kejayaan yang berlaku. Manakala kekecewaan yang kita rasai sebenarnya kebahagiaan yang memenuhi jiwa kita.

Bagaimanakah ia berlaku dan apakah yang sebenarnya berlaku?

Ia berlaku kerana kehendak Allah SWT yang Maha Mengetahui. Apa yang berlaku adalah yang terbaik diatur oleh Allah. Kejayaan dunia/zahir yang kita mahu kadangkala membawa kemudharatan pada kita. Kebahagiaan, kemewahan yang kita mahu kadangkala membawa kehancuran bagi kita, maka Allah Yang Maha Mengetahui mengatur mengikut kehendakNya.

Begitulah luas rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita hambanya. Fikirkan dan renungkanlah….

~ Nukilan hati: Kembara Hati 

Categories: Nukilan Hati, Pesan Rohani | Tinggalkan komen

BACALAH. IQRA’

BACALAH
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bacalah, dengan niat kerana Allah
Bacalah, dengan permulaan kalimah Allah
Bacalah, pada baris kalimah Allah
Bacalah, pada mengenal Allah Dan menjadi takut kepada Allah

Bacalah, pada baris-baris kalimah Allah
Lihatlah, pada baris-baris hikmah Allah

Yang dilukis oleh mata pena kuasa
Lantas yang dibaca dan dilihat
Pada matahari yang terpancar
Pada bintang yang bergemerlapan
Pada bumi yang terbentang
Pada langit yang dijunjungLantas lagi, Lihatlah dan Fikirlah
Tentang kejadian-kejadian tersebut
Dan sebutlah dan ingatilah Allah
Semasa kamu berdiri dan duduk
Semasa kamu baring mengiring….

ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BERKUASA.

Nukilan hati~ Kembara Hati  ♥

Categories: Nukilan Hati, Puisi Nurani | Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.