Mutiara Kata

Musibah

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya”
[HR. Bukhari]

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Zuhud

” Zuhud itu bukanlah tidak berharta tetapi mengosongkan hati daripada mencintai harta secara berlebihan”

[ Iman Malik r.a ]

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Kebenaran itu adalah Kemerdekaan

“Orang yang berani berkata terus-terang adalah orang yang mendidik jiwanya sendiri MERDEKA.
Dan orang yang berani menerima perkataan terus-terang adalah orang yang membimbing jiwanya kepada KEMERDEKAAN.”

~ Sebab itu dapatlah dikatakan bahawa KEBENARAN ITU ADALAH KEMERDEKAAN.

– Prof. Dr. HAMKA

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Orang yang menang..

Orang yang menang sesungguhnya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.”

-Pesan Orang Bijaksana.

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Meminta yang kedua…

‎”Andai anak Adam diberikan satu lembah emas, nescaya dia akan meminta yang kedua, sehingga tanah disumbatkan ke mulutnya (mati),
dan Allah menerima taubat hamba-Nya yang bertaubat.”

~ Hadis.

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Peluang Terluang.

” Pada waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang”.

– Prof. HAMKA

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Tahap Ilmu. Tahap Taubat.

Perjalanan seorang hamba menuju kepada Allah adalah tahap ilmu.
Kemudian baru menyusul tahap taubat.

~ Imam al-Ghazali. 

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Hendaklah dengan ILMU.

Sekiranya kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu.
Sekiranya kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu.
Sekiranya kamu inginkan kedua-duanya, hendaklah dengan ilmu.

~ Imam al-Syafie.

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Sakinah.

Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan. Namun mereka tidak mungkin akan dapat merampas kebahagiaan dalam jiwa orang mukmin yang dikurniakan sakinah oleh Allah.

‘ Sakinah itu ketenteraman dan ketenangan hati nurani. Asalnya dalam hati nurani dan kesannya pada anggota.’
~ Al-Imam Ibn al-Qayyim.

Categories: Mutiara Kata, Pesan Rohani | Tinggalkan komen

Bergantung harap..

Jiwa insan yang benar-benar meresapi erti bertawakal ataupun bergantung harap kepada Allah akan merasai hakikat keajaiban hidup yang akan berlaku tanpa diduga.
Ia membawa insan tersebut ke satu alam yang penuh keyakinan dan kelapangan jiwa dan perasaan.

Categories: Mutiara Kata | Tinggalkan komen

Create a free website or blog at WordPress.com.