Ilmu Pelita Hati

Sains Pemikiran Teknik Gaya Nabi s.a.w.

sains_pemikiran_etika Aku men‘scanning’ (menggerakkan mata dengan cepat pada setiap muka surat) buku ini bagi mengingati apa yang dipelajari pada pengajiaan yang lalu. Aku juga melakukannya bagi mendapatkan maklumat tambahan yang diingini setelah mengikuti Bengkel Personaliti Gaya Nabi Muhammad. Fokus yang diperolehi ialah pada pemikiran, bagaimana manusia berfikir dan istilah-istilah aktiviti berfikir serta bentuk-bentuk nilai moral yang selalu disebut-sebut oleh dua jurulatih dari Tim Pengkaji Hadith Psikologi yang mengendali bengkel tersebut.

Melalui bengkel ini, aku dapati sungguh Nabi s.a.w. , adalah contoh insan yang hebat menggunakan kelebihan atau kemampuan berfikir dengan sebaik-baiknya. Sebagai manusia secara semulajadinya kita mempunyai kelebihan daripada makhluk lain kerana dapat menganggapi sesuatu perkara melalui kemampuan berfikir, analisis dan sintesis. Inilah yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dengan sebaik-baiknya dalam mendidik dan membentuk akhlak manusia. Oleh itu, pemikiran adalah penting dalam menentukan kejayaan dan tingkah laku individu.

Beliau berfikir bagi mencari makna dan pemahaman ke atas sesuatu perkara. Beliau menganalisis dengan mengetahui sesuatu keadaan dan mengesan penyebabnya sendiri tanpa bertanya kemudian menghuraikan mengikut ciri-ciri atau kepada bahagian. Beliau mensintesis dengan mengubah semula sesuatu keadaan dan menyepadukan idea-idea bagi menjelaskan atau memberi ajaran. Inilah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam memuji, menegur, memotivasikan dan mendorong seseorang.

Cara Nabi s.a.w.  dalam berkomunikasi dengan teknik gayanya mencetuskan nilai intrinsik iaitu nilai dalaman yang dapat membentuk kekuatan jiwa, perasaan dan kesedaran, dan menjadi proses pembatinan nilai. Manakala nilai ekstrinsik iaitu nilai tindakan luaran seperti tingkah laku yang dikembangkan melalui ucapan dan ajaran dalam menanamkan fahaman (indoktrinasi). Teknik gaya ini menjadikan seseorang insan itu bukan sahaja mempunyai kecerdasan emosi (EQ) yang baik tetapi kecerdasan inteletual (IQ) yang tinggi melalui pengajaran dan penjelasan yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. .

Berikut adalah contoh nilai intrinsik melalui Teknik Gaya Nabi:

motivasi intrinsik

Bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh Tim Pengkaji Hadith Psikologi  ini amatlah baik sekali kerana mereka mengajak kita kepada teknik gaya atau sunnah yang dilakukan oleh Nabi junjungan kita, Rasulullah s.a.w. .

Bagi yang berminat bolehlah ‘like’ pada page http://www.facebook.com/pages/PTS-COE

untuk mengetahui bengkel-bengkel yang akan bakal dianjurkan.

 

Tahniah kepada mereka. “Ya Allah,  memberkati usaha mereka dan berikan balasan yang baik pada mereka. ” Amin.

Advertisements
Categories: Hal Saya, Ilmu Pelita Hati | Tinggalkan komen

Personaliti Gaya Nabi : Teknik Nabi Bertanya

Rentetan dari peristiwa ke 3 dari Personaliti Gaya Nabi Muhammad (2), aku telah berkongsi ‘Teknik Nabi Bertanya’ dengan sahabat anakku. Semoga tip ini dapat menjelaskan lagi apa yang ingin aku kongsikan.

Image

Credit : Kepada Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Moga Allah merahmati kamu semua.

Categories: Hal Saya, Ilmu Pelita Hati | Tinggalkan komen

Info: Personaliti Gaya Nabi Muhammad

Image

Bengkel Personaliti Gaya Nabi Muhammad

17hb Februari 2013; Di Dewan Pusa Belia Antarabangsa

Bersama trainer Puan Muna ‘Izzah Fadzil dan Puan Nor Hayati Mohd. Redzwan.

Setelah selesai sehari menggali ilmu bersama peserta-peserta yang lain di bawah bimbingan dua trainer yang hebat dari Tim Pengkaji Hadith Psikologi aku cuba mengaplikasikannya.

Kejadian 19/2/2013

Peristiwa 1: Teknik Memuji Perbuatan Baik

Di awal pagi sewaktu anakku Arfan ingin ke sekolah, aku telah memujinya dengan kata-kata:
Bagus Arfan, tidur awal malam tadi. Nanti di sekolah Arfan tidak akan rasa mengantuk dan dapat fokus pada apa yang cikgu ajar.’
[Aku memuji perbuatannya dan menyatakan impak ganjaran yang akan diperolehi.]

Arfan tersenyum sambil mencium pipiku sambil bersalam tangan dan kemudian melambaikan tangannya untuk ke sekolah.

Harapan: Aku berharap ‘Teknik Memuji Perbuatan Baik’ nya ini akan dapat mengekalkan sikap dan perbuatannya.

Peristiwa ke 2: Teknik Mendorong Orang Berbuat Baik

Semasa  membaca tafsir surah Al-Baqarah ayat 55-60, teringin pula berkongsi ulasan penulisnya  di mukabuku.  Lalu, aku menulis  dengan  memulakan ucapan salam dan seterusnya……

 “ Janganlah kita membalas kurniaan Allah ini dengan……….. “ .. tetapi aku mendeletekannya dan menggantikannya dengan ayat:

“Alhamdulillah atas segala kurniaan yang telah diperolehi dan akan diperolehi.
‘Seseorang yang waras dan beriman tidak akan membalas kurniaan Allah ini dengan perkara-perkara maksiat kerana mereka tahu Allah berkuasa untuk menarik kurniaan tersebut dengan sekelip mata.”
Moga kita semua menjadi orang beriman dan terpilih memasuki syurganya. Insha Allah. Amin.

Pertukaran ayat ini terjadi bilamana aku teringat tentang teknik gaya Nabi. Aku merasa siapalah kita untuk menasihatkan orang lain dengan ayat perintah  –  JANGAN……  sedangkan Allah saja yang berhak berkata demikian. Keduanya,  mengikut teknik Nabi   menggunakan kata gantinama yang ketiga seperti ‘seseorang….’  adalah lebih baik dan meluas untuk ditujukan kepada semua lebih-lebih lagi bilamana kita kata ‘ Seseorang yang waras dan beriman…….. ‘ siapa tak nak jadi waras dan beriman kan.

Harapan:  Mudah-mudahan dengan menukar perkataan JANGAN kepada ‘Seseorang yang waras dan beriman ‘ lebih baik penerimaan pembacanya dan impaknya akan lebih terkesan. SubhanaAllah, betapa teknik gaya Nabi ini membuat kita berfikir sebelum  berkata atau menulis sesuatu.

Categories: Hal Saya, Ilmu Pelita Hati | 4 Komen

Info: Penggunaan Perumpamaan

Di dalam Al-Quran al-Karim yang diturunkan dalam bahasa Arab sentiasa menggunakan cara dan uslub Arab dalam ungkapannya.

Uslub Arab ialah penggunaan perumpamaan. Penggunaan perumpamaan supaya makna yang dimaksudkan akan menjadi lebih jelas dan lebih memberi kesan ke dalam lubuk hati sasarannya.

Perumpamaan biasanya mampu menimbulkan makna tersirat dalam bentuk yang lebih nyata dan jitu.

Categories: Ilmu Pelita Hati | Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.