Sains Pemikiran Teknik Gaya Nabi s.a.w.

sains_pemikiran_etika Aku men‘scanning’ (menggerakkan mata dengan cepat pada setiap muka surat) buku ini bagi mengingati apa yang dipelajari pada pengajiaan yang lalu. Aku juga melakukannya bagi mendapatkan maklumat tambahan yang diingini setelah mengikuti Bengkel Personaliti Gaya Nabi Muhammad. Fokus yang diperolehi ialah pada pemikiran, bagaimana manusia berfikir dan istilah-istilah aktiviti berfikir serta bentuk-bentuk nilai moral yang selalu disebut-sebut oleh dua jurulatih dari Tim Pengkaji Hadith Psikologi yang mengendali bengkel tersebut.

Melalui bengkel ini, aku dapati sungguh Nabi s.a.w. , adalah contoh insan yang hebat menggunakan kelebihan atau kemampuan berfikir dengan sebaik-baiknya. Sebagai manusia secara semulajadinya kita mempunyai kelebihan daripada makhluk lain kerana dapat menganggapi sesuatu perkara melalui kemampuan berfikir, analisis dan sintesis. Inilah yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dengan sebaik-baiknya dalam mendidik dan membentuk akhlak manusia. Oleh itu, pemikiran adalah penting dalam menentukan kejayaan dan tingkah laku individu.

Beliau berfikir bagi mencari makna dan pemahaman ke atas sesuatu perkara. Beliau menganalisis dengan mengetahui sesuatu keadaan dan mengesan penyebabnya sendiri tanpa bertanya kemudian menghuraikan mengikut ciri-ciri atau kepada bahagian. Beliau mensintesis dengan mengubah semula sesuatu keadaan dan menyepadukan idea-idea bagi menjelaskan atau memberi ajaran. Inilah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam memuji, menegur, memotivasikan dan mendorong seseorang.

Cara Nabi s.a.w.  dalam berkomunikasi dengan teknik gayanya mencetuskan nilai intrinsik iaitu nilai dalaman yang dapat membentuk kekuatan jiwa, perasaan dan kesedaran, dan menjadi proses pembatinan nilai. Manakala nilai ekstrinsik iaitu nilai tindakan luaran seperti tingkah laku yang dikembangkan melalui ucapan dan ajaran dalam menanamkan fahaman (indoktrinasi). Teknik gaya ini menjadikan seseorang insan itu bukan sahaja mempunyai kecerdasan emosi (EQ) yang baik tetapi kecerdasan inteletual (IQ) yang tinggi melalui pengajaran dan penjelasan yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. .

Berikut adalah contoh nilai intrinsik melalui Teknik Gaya Nabi:

motivasi intrinsik

Bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh Tim Pengkaji Hadith Psikologi  ini amatlah baik sekali kerana mereka mengajak kita kepada teknik gaya atau sunnah yang dilakukan oleh Nabi junjungan kita, Rasulullah s.a.w. .

Bagi yang berminat bolehlah ‘like’ pada page http://www.facebook.com/pages/PTS-COE

untuk mengetahui bengkel-bengkel yang akan bakal dianjurkan.

 

Tahniah kepada mereka. “Ya Allah,  memberkati usaha mereka dan berikan balasan yang baik pada mereka. ” Amin.

Advertisements
Categories: Hal Saya, Ilmu Pelita Hati | Tinggalkan komen

Navigasi kiriman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: