Info: Personaliti Gaya Nabi Muhammad

Image

Bengkel Personaliti Gaya Nabi Muhammad

17hb Februari 2013; Di Dewan Pusa Belia Antarabangsa

Bersama trainer Puan Muna ‘Izzah Fadzil dan Puan Nor Hayati Mohd. Redzwan.

Setelah selesai sehari menggali ilmu bersama peserta-peserta yang lain di bawah bimbingan dua trainer yang hebat dari Tim Pengkaji Hadith Psikologi aku cuba mengaplikasikannya.

Kejadian 19/2/2013

Peristiwa 1: Teknik Memuji Perbuatan Baik

Di awal pagi sewaktu anakku Arfan ingin ke sekolah, aku telah memujinya dengan kata-kata:
Bagus Arfan, tidur awal malam tadi. Nanti di sekolah Arfan tidak akan rasa mengantuk dan dapat fokus pada apa yang cikgu ajar.’
[Aku memuji perbuatannya dan menyatakan impak ganjaran yang akan diperolehi.]

Arfan tersenyum sambil mencium pipiku sambil bersalam tangan dan kemudian melambaikan tangannya untuk ke sekolah.

Harapan: Aku berharap ‘Teknik Memuji Perbuatan Baik’ nya ini akan dapat mengekalkan sikap dan perbuatannya.

Peristiwa ke 2: Teknik Mendorong Orang Berbuat Baik

Semasa  membaca tafsir surah Al-Baqarah ayat 55-60, teringin pula berkongsi ulasan penulisnya  di mukabuku.  Lalu, aku menulis  dengan  memulakan ucapan salam dan seterusnya……

 “ Janganlah kita membalas kurniaan Allah ini dengan……….. “ .. tetapi aku mendeletekannya dan menggantikannya dengan ayat:

“Alhamdulillah atas segala kurniaan yang telah diperolehi dan akan diperolehi.
‘Seseorang yang waras dan beriman tidak akan membalas kurniaan Allah ini dengan perkara-perkara maksiat kerana mereka tahu Allah berkuasa untuk menarik kurniaan tersebut dengan sekelip mata.”
Moga kita semua menjadi orang beriman dan terpilih memasuki syurganya. Insha Allah. Amin.

Pertukaran ayat ini terjadi bilamana aku teringat tentang teknik gaya Nabi. Aku merasa siapalah kita untuk menasihatkan orang lain dengan ayat perintah  –  JANGAN……  sedangkan Allah saja yang berhak berkata demikian. Keduanya,  mengikut teknik Nabi   menggunakan kata gantinama yang ketiga seperti ‘seseorang….’  adalah lebih baik dan meluas untuk ditujukan kepada semua lebih-lebih lagi bilamana kita kata ‘ Seseorang yang waras dan beriman…….. ‘ siapa tak nak jadi waras dan beriman kan.

Harapan:  Mudah-mudahan dengan menukar perkataan JANGAN kepada ‘Seseorang yang waras dan beriman ‘ lebih baik penerimaan pembacanya dan impaknya akan lebih terkesan. SubhanaAllah, betapa teknik gaya Nabi ini membuat kita berfikir sebelum  berkata atau menulis sesuatu.

Advertisements
Categories: Hal Saya, Ilmu Pelita Hati | 4 Komen

Navigasi kiriman

4 thoughts on “Info: Personaliti Gaya Nabi Muhammad

  1. Puan yang budiman. Sungguh saya kagum dengan usaha puan yang berkongsi pengalaman ini. Mahukah puan meneruskan entri seperti ini lagi?

    • Salam buat puan yang bijak laksana. Sungguh saya rasa terharu dengan penghargaan puan. Semuanya datang dengan izinnya, akan saya cuba usahakan, mohon doa dari puan.

  2. Juliana

    Subhanallah..perkongsian yg sangat brmanfaat serta aplikasi yang sangat baik…sesiapa yang membacanya pasti turut mendapat manfaatnya…sesungguhnya,Allah menyukai sikap puan yang berkongsi ilmu….

    • Alhamdulillah. Sungguh perkongsian ini datang dengan izin-Nya. Terima kasih kerana sudi membaca, sesungguhnya Allah menyukai sikap puan yang suka mencari ilmu.. ❤
      Harap puan juga sudi membaca entri yang lain juga.. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: